Friday, 17 January 2014

#mendung

Salam..

Mendung,
Mendung hari ini semendung hatiku yang dilanda badai pagi yang tak menentu.
Kau mahu aku menjadi solehah
Ya, aku cuba berusaha utk menjadi solehah
Kau mahu aku menjadi rajin
Ya, aku cuba berusaha utk rajin
Kau mahu itu dan ini sempurna
Tapi,
Adakah kau soleh seperti yang kau ingin aku jadi?
Adakaha kau rajin seperti yang kau ingin aku rajin?
Adakah kau sempurna itu dan ini terhadapku?
Adakah kau tahu bila ketika aku lapar?
Bila ketika aku dahaga?

Aku bersyukur dikurnia kau dalam hidupku

Tapi, kau seolah-olah tidak bersyukur dikurnia aku dalam hidupmu

Kau anggapkan aku utk menjadi amah di istana kau?

Kau jadikan aku tempat utk melepas marahmu

Tempat melepas penat lelah kau bekerja?

Kau pernah terfikir akan tanggungjawapmu?

Iman bukanlah diwarisi
Ilmu bukanlah ditanam dalam minda

Tapi dicari dan digali
Begitu juga iman harus dicari dan digali

Jika hidup penuh dengan kesesatan, maka memang Allah tutup semua sinar iman dalam dirimu

Jika kau mahu lihat sinar itu kau harus cari dengan usaha bukan hanya menadah tangan.

Nukilan,
Cik kuning

Wednesday, 20 November 2013

#10th week of classes

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Baru berkesempatan nak tulis blog hari ni..
Itu pun setelah rasa boring dengan segala nota dan buku-buku..(jgn tiru perangai ini)
Sementara nak revise topic fundamental of blood ni jom kita bercerita-cerita sikit..

Pagi tadi baru habis briefing untuk practical session yang kelima kalinya untuk semesta limanya. Upcoming 4 weeks ck akan praktikal di Klinik Kesihatan Kelana Jaya dan ED Kajang. Banyak pasal kanak-kanak dan ibu dan wanita punya health. ED untuk semua kes emergency yang mana akan conclude semua system dan human body. Maybe akan berasap nanti.





Bila praktis tadi, terasa sangat berdebar sebab first time and rasa macam ilmu kena penuh didada sebab expectation of the doctors, senior nurses, med. assisstant, sisters, matrons. Arghh..pedih2 mata ni.
Harap semuanya lancar dan i am knowledgable enough to be in clinical area next week.

Now, yang merisaukan ialah tempat tinggal. Mak suruh tinggal near kampus kalau boleh kat asrama tapi semua dan fullhouse. Kena tunggu yang late apply tapi result tak keluar lagi. Suami pun nasihatkan camtu. Jimat satu, save energy satu. Maklumlah klinik kerja 8 jam kena full compress betul2. Time rehat adalah bila dah balik itu je. Tapi, ck nak stay umah teman suami walaupun penat bila tengok muka suami mesti lega. Keputusannya akan diambil last jumaat. Tapi hati macam berat je, badan asyik tak sihat je.

Anyway, sejak ada suami ni walaupun boring tapi bila suami ada dah tak sunyi. Dapat kacau encik suami tengok bola ke, crime scene ke, cerita merepek ke dah best dah. Jumpa lagi lah nanti ye. Nak start revise untuk dua test 2 dan test 3 jumaat ni. (inilah kehidupan seorang student)

LOVE;
Cik Kuning

Thursday, 14 November 2013

New Entry of 2013

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. ..
Fuh..fuh..berhabuk dah velog saya ni..
AnywAy, ape yg bz sangat sampai tak sempat update velog?
Bz blaja, keje, kahwin....kih kih kih..
Okaylah..malam ni saya post entry kahwin saya ye..nk tagging pic dlu..mihihi

Tata..
Love : cik kuning

Saturday, 13 July 2013

Kenapa Kenapa?????

Kenapa takleh nak view blog ni?

macam mana pembaca nak baca?

Kena hack ke??

Monday, 1 July 2013

#Assalammualaikum

Pagi-pagi nak nulis belog ya..hihi..
Susah jugak takde FB ni tapi i'll get use to it.
Pagi ni nak selak2 buku sket, nak continue setup blogshop kite.
okaylah.
cuba tengok gambar bunga ni, mesti rasa tenang je kan? ihi..
see you..

nukilan,
cikkunin

Magic dekat Dapur #maggie

Salam..

Setelah few hours. Berjaya jugak buat curry ayam magic. hihi
memang magic sebab dok dalam rice cooker then TARAAA...ayam curry berempah pulak tuu.

Tanpa minyak
Tak perlu 24 jam mengadap
Dan Sedap !

hurm..terbayang-bayang lagi..

okay. sambung study. BTW nak bagitahu esok kite nak jadi helper untuk ujian amali senior2 part 8 yang bakal graduate in a few months. tak sabarnyer nak grad macam diorang.

Sorry takde pic nak letak, tab tengah charge tadik. hehe.

Okay bye.

nukilan,
cikkunin

Sunday, 30 June 2013

Girls with huge heart #heart #daisy

Salam..

Hari ni bermulalah hari tanpa beg plastik..eh?? beg plastik aper pulak. Hari tanpa social media yang berpengaruh tu.
I want to start like an oldish iaitu writing a blog. hehe
Hari ni not much yang happen..Just I dah start on my new eating habbits from delicious eating to delicious and healthy eating habbits.
Pagi tadi breakfast roti Gardenia..nampak tak mention kat situu..and markerels and salads. Sedap pulak salad yang baru beli kat tesco semalam. jap nak carik gambar..urmm..haaa..ni die..

 nama dia salad south west salad



kalau gambar ni salad yang tengah tuu..yang kiri tu pun sedap, yang kanan tu dah biase and tak sedap sangat.


Dari dulu sejak my parents suka bawak makan dekat hotel terus suka sangat dekat salad. tapi sayur lain makan jugak..hiu hiu..

Okaylah. mood sekarang ni rajin masak. 
Solat zuhur dah so nak g masak ayam kari pakai Maggie Magic....Saya ader magic kat dapur! hehe..

Jumpa lagi..=)

Monday, 24 June 2013

Gila Menaip

Salam,

Hari ni hari gila menaip. Aku ni jarang nak tinggal jejak jejak kt blog orang tapi arini aku buat. Pesai ntah.

Marina..eh! Marina pom boleh..Maria la. Maria Elena dah pregnant, Irine dh deliver, Tentang Hidup dah selesai majlis aqiqah puteri sulung dia. Aku pulak menunggu untuk jadi isteri orang.

Diam tak diam tinggal 4 bulan je lagi. Hai, nervous? Final exam and OSCE lagi buat aku nervous. hahaha

Dua tiga menjak ni teringin pulak nak pakai jubah hitam tu. Tengok member pakai sedap and mudah "Hanya Sarung Sahaja"..haha

Nantilah tunggu duit jatuh keriba.

Bisnes marketing terpaksa ditangguh buat seketika due to kesibukkan tahap mencacak langit punyer.

Dahlaaa..nak continue anatomy ni, kang kelaut tak siap2 lagi..

Bye..

Salam..

Wednesday, 24 April 2013

Penat Wahai Hati...

Salam..

Badan kalau penat, boleh tidur lepas bangun tidur confirm lega tapi bila hati penat macam mana nak buat? Hanya pada Allah yang satu tempat nak bermanja tapi tengah cuti menstrual. 

Mungkin ini ujian buatku untuk lebih kuat dan sabar. Kadang sabarku berhenti dan aku mampu diam dan tak mampu berkata apa-apa. Itu yang terjadi semalam. Keriangan hanya untuk beberapa hari sahaja kemudian semuanya bertukar menjadi hambar kerana sikap segelintir manusia yang pentingkan diri. Mungkin saya pun pentingkan diri tanpa disedari jadi sayalah orang yang selalu mengalah. Untuk melegakan sedikit kemarahan dan kekecewaan di hati, airmata menjadi peneman. Itulah perempuan. Tetapi, teman itu akan datang pada sebaik-baik waktu dan saya tak akan bazirkan ia.

Saya bersyukur dikurnia keluarga bebanding yang kehilangan keseluruhan ahli keluarganya dan hanya hidup bersendirian. Sebab rasa syukurlah saya masih bersabar, bertahan dan mengalah. Saya doakan yang lain pun begitu. 

Biarkan mereka dengan keputusan mereka, kelak mereka puas dengan habuannya, kita hanya mampu mensyukuri nikmat yang Allah beri. Manusia tetap menjadi manusia walau siapa pun dia. Manusia tetap mempunyai banyak kelemahan. 

Salam sayang..=)

Monday, 22 April 2013

#Blogshop

Salam semua...

Blogshop saya dah selangkah. Sudi2 Semua mereviewnya ya..Bagi yang nak membeli caranya amat mudah hanya komen di setiap post dan saya akan proceed dengan step seterusnya..=)

Dibawah ni contoh2 tudung yang dijual..
yang ni selendang..RM25



yang ni tudung empat segi



Jemputlah ke blogshop saya ye..=)

Sunday, 21 April 2013

# Assalammualaikum #Monday

Salam semua..

Sihat ke? Selamat bekerja untuk yang bekerja dan selamat bercuti lagi untuk saya dan yang sedang bercuti..hihi..

Hari ni nak share sikit pasal bisnes sharing. Saya nak kata baru dalam bisnes tu tidak sebab dah lebih dari dua tahun ceburkan diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan tapi tak berapa nak konsisten dan sekarang baru nak konsisten balik. Kalau ada sesiapa yang nak cuba inspirasikan saya silalah komen2 pada blogpost saya ni. Dapat juga menambah keyakinan dan ilmu didada. Nak menuntut tu boleh tapi tulah, kekangan masa. Belajar, kerja part-time, urus pasal majlis kahwin lagi.

Cerita pasal persiapan kahwin, yea! Abah bagi ikut hubby balik sabah untuk wedding adik die. Bukan apa, sebelum nak menjalani hidup bersama, nak jugak kenal keluarganya dengan lebih dekat. Maklum sangatlah bila jauh ni. Hari tu masa bertunang tak dapat jumpa semua jadi time ni dapatlah bermesra.

Kad jemputan tak jadi tempah di kedai, saya upah kawan(graphic designer) tlg design kad kahwin kami sebab saya nak motif songket memandangkan tema wedding kami tradisional kontemporari dan kami selitkan songket, jadi nak jugalah kad jemputan bermotif yang sama. Rasa macam jimat kos sebab buat design just rm350 then printing kos budget dalam rm500 ke rm800 dapat kot. yg lain buat sendiri. Kalau dapat jimat lagi, lagi bagus. huhu..

Wedding planner tak pergi jumpa lagi sebab hubby tak dapat cuti lagi. Ingat nak pergi sama terus pilih baju, pelamin dan bincang lain2.

Doorgift dah ditempah. Huhu..Alhamdulillah sikit-sikit. Dapat juga saya bantu walau sedikit.

Semoga dipermudahkan semua urusan saya dan saya doakan urusan kamu semua juga turut dipermudahkan. Amin..=)

Sehari Bersama OA Pulau Ketam dan Pulau Indah

Assalammualaikum..

Bulan lepas, program pertama semester ini telah selamat berjalan dan saya sertai. Yang bestnyer program ni adalah kami bersama sebahagian penduduk orang asli Pulau Indah dan Pulau Ketam serta Gombak. Dalam program ni kami kira membawa objektif untuk memperkenalkan Hospital Orang Asli Gombak khas buat semua kaum orang asli di Malaysia. Ada pesakit dari perak, pahang malah kakitangan hospital ini juga dari kalangan OA yang mendapat peluang menjadi graduan kejururawatan dan juga untuk prospek kerjaya yang lain.

Semangat tak saya menaip? hahaha..
Seronok tengok diorang, yang paling best kami nak sangat menghapus jurang antara mereka dan penduduk Malaysia yang lain dan nak bagi pendedahan buat mereka tentang wujudnya hospital khas buat mereka jika mereka sakit, ingin cantik, ingin bersalin dan mendapat kesihatan yang sihat demi generasi diorang.

Kalau nak diikutkan macam-macam nak tulis tapi Let the pictures speak ! Selamat menonton yerrr..















okay..setakat ni je dulu..

salam..=)

Tuesday, 9 April 2013

Muhasabah Diri

Assalammualaikum..

Beberapa hari yang lalu dan bulan yg lalu, saya ada terima suatu tugas tetapi dek kerana sikap saya yang suka menangguh kerja, semuanya jadi last minit dan kelam kabut. Semua orang marahkan saya dan saya akui memang silap saya. Sekali kita silap selamanya orang akan ingat dan sampai sekarang rasa bagai gelap dunia bila teringatkan kisah tuu.

Dua hari saya berjaga untuk menyiapkan tugas tu dan saya gagal menyiapkan dengan kemas dan teratur akhirnya tidur 3jam selepas itu dikejutkan dengan berita yang semua orang marahkan saya. Sekali lagi perasaan berbaur datang. Perasaan ini pertama kali merasainya masa tahun 2009 dulu.

Saya akui dan berkali-kali memohon maaf dan menawarkan untuk membuat semula tetapi bagai tertutup semua pintu harapan. Sedih sangat time tu. Kehidupan untuk dua hari itu bagaikan tiada makna lagi.

Ketika solat sering ku panjatkan agar ditenangkan hatiku dan agar saya dapat bangkit semula dan berlawan dengan dugaan ini dan belajar dari silapku. Hari ini saya diingatkan kembali dengan kisah itu.

Sebab tu saya tulis blog ni..(kalau tak jd apa2 takyah tulis la eh?) bukan macam tu, masa memang tak izinkan. Lappy pun sekarang bagai dianaktirikan. huhu.

Sekaran dah keje part time lagi laa, hari-hari penat balik terus tidur. Nak semak schedule pun takde dah. Semua ni harus diubah kan kawan-kawan? Kalau tak, tak tercapai objektif saya untuk bekerja sambil belajar dengan penuh cemerlang. Bole jee. Tapi kena stay up lama sikit jee.

Kalau tidur dulu then bangun study alamatnya memang takdelahh..hihi

Ni pum tengah mula nak baca notes untuk test esok(baru nak mula?)
 haa..tulah die. Sebabkan habbit tangguh kerja ni kerja lain terpaksa amek masa membaca hari ni. Tapi takpe, kawan-kawan doakan saya dapat habiskan ye.

Dua minggu lepas, mak dengan adik ader datang. Cuti sekolah kata, kebetulan 20mac bufday si budak kecik tuu. Jadi, lepas kelas terus saya berlari ke Parkson untuk beli hadiah dia

ni laa..dia tak penah dapat lagi, last masa hingus meleleh, jadi kami pun bagilah ini..



alih2, abah pun dapat hadiah jugak. Ni besday nnt tak bole claim dah ni. huhu

Okaylah. nak baca baca..Lega sikit dah lepas. Jumpa lagi nanti.

assalammualaikum..

Sunday, 17 February 2013

Latest Update on 2013!!

Assalammualaikum..

It's february now since my last update. Speaking kejap. hahaha. Best jugak sebab upcoming semester I'll be taking mandarin for my third language subject. ihi. Well, regardless on my wedding preparation, 30 percent have settle i think which is stuffs for gifts from both side, outfit for our solemnization and my family outfits for both events. All the clothes are with tailor already. Awal sangat tempah? no lah. To have a very best tailoring , my tailor must have atleast a month for one outfit so it's better to give now for best results. The photog also have been book! yea!

For my business, so far I'm still slowing my perfumes coz busy helping my friend on her wedding preparation on this march. Now, I'm in the middle of trying to decide wether I can join this leadership program as part of my online job. ehee..kinda loving it. Also will comeout with latest design of scarfs on my own label but still in progression. banyak tol! tehee..

For my upcoming semester, I have to struggle more and saving more. I'm searching on buying a study table with plenty of racks for my comfy during study. like below picture :.
pink ! walaweh!
or formally like below


but still affordable ! 
from Mr.Google

I am really need that to inspire my study mood and get flying colors result..=)

For my baby..also a lot of things to change and first of all are the 
  • exober mounting = rm100
  • spring                 = rm300++
  • leather seat         = rm400++
that's it for this few months. ehe..
For my expenses, I'm thingking of doing part time job.hihi..

Currently I'm trying to idealize my house painting. Well, tak habis pilih lagi pun. Still choosing and comparing. You wanna help? Help me with the exterior part first, my house is a middle terrace..=)

till meet again..
tata..

love,
Cik kunin


Tuesday, 1 January 2013

New Year Celebration

Assalammualaikum..



Di kesempatan berehat selama 30 minit lebih ini nak saya berkongsi sedikit perasaan tentang sambutan Tahun Baru semalam..(fuh..berpeloh taip)
Semalam adalah tahun pertama meraikan sambutan tahun baru dengan encik fiance. Tahun lepas masa kitorang mula-mula kenal dia ajak jugak tapi masa tu dia tengah bertugas menjaga keselamatan pengunjung dan saya pulak dah janji dengan kawan nak celebrate di PD tapi tak tahu pulak kat PD takde firework, macam ta best sangat.

Jadi tahun ni kami celebrate bersama..Naktahukatmana?? hehe..KLCC..
Sebenarnya saya first time jugak sambut kat sini. Nasib baik dapat sampai awal walaupun masa awal-awal hilang mood jugak sebab hubby lambat tapi akhirnya berkat kesabaran hubby melayan bebelan saya, kami sampai jugak. Bagi hubby, ni first time dia sambut Tahun Baru. So, dia excited tapi still cuba control machonyew..hehe..

Kitorang sampai dalam 10.30pm kt KLCC..Sampai-sampai nak cari toilet sebab dah habis dua botol air minum masa tunggu hubby tadi. Akhirnye lega carik pulak "port" nak tengok firework. Punyalah tunggu kat depan pintu KLCC last-last firework tak nampak pun kat situ..Saya dah cakap kat hubby yang firework tu akan tembak dekat dengan air pancut jadi kitorang pun berjalan dengan lajunya, selit sana selit sini, celah sana celah sini atlast sampai. Hubby tak berkelip mata tengok firework tu and saya pun terpegun dengan kecantikkan percikkan warna bunga api tu. Tiba-tiba rasa sebak sebab teringatkan peristiwa yang berlaku sepanjang 2012 dan memikirkan saya akan tamatkan ZAMAN BUJANG pada tahun 2013 di umur 24 tahun dan hubby 28 tahun..

Saya pun mengucap Selamat Tahun Baru kepada hubby dan memohon doa kepada Allah supaya perjalanan kami mendirikan masjid pada tahun 2013 akan lebih lancar dengan menguatkan iman, kesejahteraan dan kesabaran kami dalam mengharui dugaan. Begitu juga kepada keluarga dan rakan-rakan..

Ni je pic yang sempat dirakam...


Masa sampai hubby terkezut tengok me wearing shocking pink scarf..hehe


Lovely day ever..ILY AA

Friday, 28 December 2012

Susah Dahulu

Assalammualaikum

Sekarang dah nak start study untuk final sambil-sambil tu ader buat part time job lagi. Mula-mula ni memang susah sikit nak carik customer. Nasihat kawan saya kena rajin update, hari-hari, kalau boleh setiap jam memang tak pegi mana lah kan. hehe

Jangan hilang fokus je. Teruskan wani !!! Belajar pun jangan hilang fokus. Now nak off lappy, solat then mulakan gerak kerja untuk final..

Good Luck cik kunin !! =D

Wednesday, 12 December 2012

Exam !!

Salam..

Hari ni ader running assessment. Pagi baru dapat tahu dan semua berdebar tapi saya tiga orang je tak sempat nak buat. Actually bukan tak sempat tapi banyak kerja. Esok saya nak grab it allssss...

Balik-balik kerja (praktikal actually berangan nak kerja padahal belum pas lagi) terus penat letak je kepala cakap-cakap dengan incik tunang lepas tu terus bobom..hilang ke dunia separuh sedar. Bahaya betul tak baca doa tak haper. hihi.

Malam ni bukak je group facebook dah up post pasal jadual final exam. Ya Allah, sekejapnya masa berlalu. Rasa macam baru je semalam belajar dah nak final. Hurm. That is time, never wait for us. Jadi saya pun terus la buat jadual waktu berpandukan sumber yang sah iaitu dari student portal.

Mulai hari ni bolehla mula sikit-sikit. Kena study smart kater adek saya yang gumuks kuat makan ni..
Tiba-tiba hati ni sangat berdebar, dan terpaksa slow down bisnes dan main-main. Kena tumpu. Readers semua make sure saya tak hilang tumpuan ye.

Oklah. nak sambung buat revision untuk running assessment esok pagi. Jumpa esok pulak In Shaa Allah...=)

Assalammualaikum semua..

Lots of Love;
Cik kunin

Tuesday, 11 December 2012

# Cooking Part 1

Salam...

Dah dekat maghrib tapi nak jugak masuk entry laju-laju. Tadi adek masak dan lauknye "Telur masak kicap" not bad. Semua bahan-bahan lengkap dan tumisan rasa tapi telur tak garing sangat. Kalau ikut saya masak, saya garingkan supaya telur tak mudah hancur dan kuahnye pun terlampau sedikit, rasa garam pun kurang tapi bagusla kurangkan garam dalam masakan lebihkan senyuman. hehehe



Atlast, perut yang lapar baru bangun  tidur terus dapat diisi. Bulrpp. Excuse me...

Oklah. Takat ni je. Nak mandi and prepare to solat. hehe.

Love You Mr AA and love you readers. =)

Monday, 10 December 2012


SOPHIE PARIS CATALOG VOLUME 7
BEAUTIFUL HANDBAGS, WATCHES, PURSE, MEN’S AND WOMEN’S ACCESSORIES AND ALSO KIDS STUFF ARE IN HERE..
More picture in the sophie paris catalog
click this link







cikkuninstory: Tudung Pelangi Kotak RM18 FREE POSTAGE

cikkuninstory: Tudung Pelangi Kotak RM18 FREE POSTAGE: SQUARE SCARFS MATERIAL : BAWAL TO ORDER : EMAIL ME PRODUCT CODE QUANTITY FULL NAME ADDRESS PHONE NO. EMAIL AT wanisha...