Salam..
Mendung,
Mendung hari ini semendung hatiku yang dilanda badai pagi yang tak menentu.
Kau mahu aku menjadi solehah
Ya, aku cuba berusaha utk menjadi solehah
Kau mahu aku menjadi rajin
Ya, aku cuba berusaha utk rajin
Kau mahu itu dan ini sempurna
Tapi,
Adakah kau soleh seperti yang kau ingin aku jadi?
Adakaha kau rajin seperti yang kau ingin aku rajin?
Adakah kau sempurna itu dan ini terhadapku?
Adakah kau tahu bila ketika aku lapar?
Bila ketika aku dahaga?
Aku bersyukur dikurnia kau dalam hidupku
Tapi, kau seolah-olah tidak bersyukur dikurnia aku dalam hidupmu
Kau anggapkan aku utk menjadi amah di istana kau?
Kau jadikan aku tempat utk melepas marahmu
Tempat melepas penat lelah kau bekerja?
Kau pernah terfikir akan tanggungjawapmu?
Iman bukanlah diwarisi
Ilmu bukanlah ditanam dalam minda
Tapi dicari dan digali
Begitu juga iman harus dicari dan digali
Jika hidup penuh dengan kesesatan, maka memang Allah tutup semua sinar iman dalam dirimu
Jika kau mahu lihat sinar itu kau harus cari dengan usaha bukan hanya menadah tangan.
Nukilan,
Cik kuning
No comments:
Post a Comment