Wednesday, 24 April 2013

Penat Wahai Hati...

Salam..

Badan kalau penat, boleh tidur lepas bangun tidur confirm lega tapi bila hati penat macam mana nak buat? Hanya pada Allah yang satu tempat nak bermanja tapi tengah cuti menstrual. 

Mungkin ini ujian buatku untuk lebih kuat dan sabar. Kadang sabarku berhenti dan aku mampu diam dan tak mampu berkata apa-apa. Itu yang terjadi semalam. Keriangan hanya untuk beberapa hari sahaja kemudian semuanya bertukar menjadi hambar kerana sikap segelintir manusia yang pentingkan diri. Mungkin saya pun pentingkan diri tanpa disedari jadi sayalah orang yang selalu mengalah. Untuk melegakan sedikit kemarahan dan kekecewaan di hati, airmata menjadi peneman. Itulah perempuan. Tetapi, teman itu akan datang pada sebaik-baik waktu dan saya tak akan bazirkan ia.

Saya bersyukur dikurnia keluarga bebanding yang kehilangan keseluruhan ahli keluarganya dan hanya hidup bersendirian. Sebab rasa syukurlah saya masih bersabar, bertahan dan mengalah. Saya doakan yang lain pun begitu. 

Biarkan mereka dengan keputusan mereka, kelak mereka puas dengan habuannya, kita hanya mampu mensyukuri nikmat yang Allah beri. Manusia tetap menjadi manusia walau siapa pun dia. Manusia tetap mempunyai banyak kelemahan. 

Salam sayang..=)

Monday, 22 April 2013

#Blogshop

Salam semua...

Blogshop saya dah selangkah. Sudi2 Semua mereviewnya ya..Bagi yang nak membeli caranya amat mudah hanya komen di setiap post dan saya akan proceed dengan step seterusnya..=)

Dibawah ni contoh2 tudung yang dijual..
yang ni selendang..RM25



yang ni tudung empat segi



Jemputlah ke blogshop saya ye..=)

Sunday, 21 April 2013

# Assalammualaikum #Monday

Salam semua..

Sihat ke? Selamat bekerja untuk yang bekerja dan selamat bercuti lagi untuk saya dan yang sedang bercuti..hihi..

Hari ni nak share sikit pasal bisnes sharing. Saya nak kata baru dalam bisnes tu tidak sebab dah lebih dari dua tahun ceburkan diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan tapi tak berapa nak konsisten dan sekarang baru nak konsisten balik. Kalau ada sesiapa yang nak cuba inspirasikan saya silalah komen2 pada blogpost saya ni. Dapat juga menambah keyakinan dan ilmu didada. Nak menuntut tu boleh tapi tulah, kekangan masa. Belajar, kerja part-time, urus pasal majlis kahwin lagi.

Cerita pasal persiapan kahwin, yea! Abah bagi ikut hubby balik sabah untuk wedding adik die. Bukan apa, sebelum nak menjalani hidup bersama, nak jugak kenal keluarganya dengan lebih dekat. Maklum sangatlah bila jauh ni. Hari tu masa bertunang tak dapat jumpa semua jadi time ni dapatlah bermesra.

Kad jemputan tak jadi tempah di kedai, saya upah kawan(graphic designer) tlg design kad kahwin kami sebab saya nak motif songket memandangkan tema wedding kami tradisional kontemporari dan kami selitkan songket, jadi nak jugalah kad jemputan bermotif yang sama. Rasa macam jimat kos sebab buat design just rm350 then printing kos budget dalam rm500 ke rm800 dapat kot. yg lain buat sendiri. Kalau dapat jimat lagi, lagi bagus. huhu..

Wedding planner tak pergi jumpa lagi sebab hubby tak dapat cuti lagi. Ingat nak pergi sama terus pilih baju, pelamin dan bincang lain2.

Doorgift dah ditempah. Huhu..Alhamdulillah sikit-sikit. Dapat juga saya bantu walau sedikit.

Semoga dipermudahkan semua urusan saya dan saya doakan urusan kamu semua juga turut dipermudahkan. Amin..=)

Sehari Bersama OA Pulau Ketam dan Pulau Indah

Assalammualaikum..

Bulan lepas, program pertama semester ini telah selamat berjalan dan saya sertai. Yang bestnyer program ni adalah kami bersama sebahagian penduduk orang asli Pulau Indah dan Pulau Ketam serta Gombak. Dalam program ni kami kira membawa objektif untuk memperkenalkan Hospital Orang Asli Gombak khas buat semua kaum orang asli di Malaysia. Ada pesakit dari perak, pahang malah kakitangan hospital ini juga dari kalangan OA yang mendapat peluang menjadi graduan kejururawatan dan juga untuk prospek kerjaya yang lain.

Semangat tak saya menaip? hahaha..
Seronok tengok diorang, yang paling best kami nak sangat menghapus jurang antara mereka dan penduduk Malaysia yang lain dan nak bagi pendedahan buat mereka tentang wujudnya hospital khas buat mereka jika mereka sakit, ingin cantik, ingin bersalin dan mendapat kesihatan yang sihat demi generasi diorang.

Kalau nak diikutkan macam-macam nak tulis tapi Let the pictures speak ! Selamat menonton yerrr..















okay..setakat ni je dulu..

salam..=)

Tuesday, 9 April 2013

Muhasabah Diri

Assalammualaikum..

Beberapa hari yang lalu dan bulan yg lalu, saya ada terima suatu tugas tetapi dek kerana sikap saya yang suka menangguh kerja, semuanya jadi last minit dan kelam kabut. Semua orang marahkan saya dan saya akui memang silap saya. Sekali kita silap selamanya orang akan ingat dan sampai sekarang rasa bagai gelap dunia bila teringatkan kisah tuu.

Dua hari saya berjaga untuk menyiapkan tugas tu dan saya gagal menyiapkan dengan kemas dan teratur akhirnya tidur 3jam selepas itu dikejutkan dengan berita yang semua orang marahkan saya. Sekali lagi perasaan berbaur datang. Perasaan ini pertama kali merasainya masa tahun 2009 dulu.

Saya akui dan berkali-kali memohon maaf dan menawarkan untuk membuat semula tetapi bagai tertutup semua pintu harapan. Sedih sangat time tu. Kehidupan untuk dua hari itu bagaikan tiada makna lagi.

Ketika solat sering ku panjatkan agar ditenangkan hatiku dan agar saya dapat bangkit semula dan berlawan dengan dugaan ini dan belajar dari silapku. Hari ini saya diingatkan kembali dengan kisah itu.

Sebab tu saya tulis blog ni..(kalau tak jd apa2 takyah tulis la eh?) bukan macam tu, masa memang tak izinkan. Lappy pun sekarang bagai dianaktirikan. huhu.

Sekaran dah keje part time lagi laa, hari-hari penat balik terus tidur. Nak semak schedule pun takde dah. Semua ni harus diubah kan kawan-kawan? Kalau tak, tak tercapai objektif saya untuk bekerja sambil belajar dengan penuh cemerlang. Bole jee. Tapi kena stay up lama sikit jee.

Kalau tidur dulu then bangun study alamatnya memang takdelahh..hihi

Ni pum tengah mula nak baca notes untuk test esok(baru nak mula?)
 haa..tulah die. Sebabkan habbit tangguh kerja ni kerja lain terpaksa amek masa membaca hari ni. Tapi takpe, kawan-kawan doakan saya dapat habiskan ye.

Dua minggu lepas, mak dengan adik ader datang. Cuti sekolah kata, kebetulan 20mac bufday si budak kecik tuu. Jadi, lepas kelas terus saya berlari ke Parkson untuk beli hadiah dia

ni laa..dia tak penah dapat lagi, last masa hingus meleleh, jadi kami pun bagilah ini..



alih2, abah pun dapat hadiah jugak. Ni besday nnt tak bole claim dah ni. huhu

Okaylah. nak baca baca..Lega sikit dah lepas. Jumpa lagi nanti.

assalammualaikum..